Memberi perkhidmatan perbandaran yang asas dan sesuai dengan kehendak Akta 171.
Menjadi agen pembangunan fizikal, ekonomi dan sosial yang berkesan dan selaras dengan kehendak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Merancang dan mengawal pembangunan mengikut kehendak Akta 172 & Akta 133 melalui Pelan Struktur dan Pelan Rancangan Tempatan.
Berusaha agar dapat melahirkan satu suasana kehidupan Bandar yang ceria dan tenteram melalui penyediaan kemudahan-kemudahan awam seperti pasar, gerai, dewan, kompleks sukan, taman rekreasi, perhentian bas dan perpustakaan.
Mempertingkatkan pengurusan dan kebersihan alam sekitar melalui kawalan pelesenan, perniagaan, kawalan lalu lintas, bangunan dan penyelenggaraan kemudahan infrastruktur.
:. VISI MPKK .:
MENJADIKAN KUALA KANGSAR BANDAR DIRAJA SEBAGAI BANDAR WARISAN BUDAYA YANG MEMBANGUN, MASYARAKAT BERINTEGRITI DAN PERSEKITARAN YANG INDAH PERMAI
:. MISI MPKK .:
MENGGALAKKAN PEMBANGUNAN EKONOMI TEMPATAN SEJAJAR DENGAN DASAR PEMBANGUNAN EKONOMI NEGARA
MERANCANG DAN MENGAWAL PEMBANGUNAN SECARA TERATUR DAN EKONOMIK
MEMBERI PERKHIDMATAN PERBANDARAN YANG CEKAP, BERKESAN DAN BERKUALITI
MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG SELAMAT DAN SELESA
:. SLOGAN MPKK .:
"KUALA KANGSAR BANDAR DIRAJA, BANDAR WARISAN BUDAYA"