Bunga Rasmi MPKK

Nama Tempatan

Bunga Tasbih

Nama Saintifik

Canna Generalis

Info Menarik

Bunga Tasbih adalah sejenis tanaman berperdu, tingginya lebih kurang 2 meter. Bunga Tasbih mempunyai pelbagai jenis, antaranya ialah Canna Indica, Canna Generalis dan Canna Endulis. Untuk tujuan perubatan biasanya dari jenis Canna Indica Linn dicari. Bunga Tasbih besar dan keluar di hujung pucuk. Bunganya ada bermacam-macam jenis warna. Ada yang berwarna merah, kuning dan jingga. 

Khasiat bunga Tasbih terletak pada bunga, akar dan batangnya. Sama ada yang masih segar atau telah dikeringkan. la dipercayai boleh mengubati darah tinggi, sakit kuning, keputihan, batuk berdarah dan menurunkan suhu panas dalam badan. la juga dapat menghentikan pengaliran darah akibat luka, radang kulit bernanah dan merawat masalah jerawat. Caranya ialah dengan melumatkan akar pokok Tasbih dengan sedikit tepung pulut dan air lalu ditampalkan pada tempat yang luka atau sakit. Amalan minum air rebusan umbi pokok Tasbih pula mampu meredakan buasir.

  • tasbih
  • tasbih
mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 16/10/24 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas