Pokok Ipoh

Nama Tempatan

Pokok Ipoh

Nama Saintifik

Antiaris Toxicaria Lesch

Info Menarik

Pokok Ipoh adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama sainsnya Antiaris toxicaria Lesch.

Pokok Ipoh mempunyai getah beracun yang digunakan sebagai racun untuk hujung sumpitan orang asli. Racun ini bertindak dengan serta-merta dan akan membunuh mangsa yang terkena sumpitan. Untuk mengelakkan keracunan kepada pemburu, bahagian daging pada mangsa perburuan akan dipotong dan dibuang. Ciri-ciri daun pokok Ipoh ini ialah hujung daunnya berbentuk tirus,oblong elliptik,pangkal daun berbentuk bulat. Secara umumnya daun pokok ini adalah nipis.

Bandar Ipoh, Perak juga berkemungkinan mendapat nama sempena pokok Ipoh.

  • ipoh
  • ipoh
mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 16/10/24 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas