Asam Kandis

Nama Tempatan

Asam Kandis

Nama Saintifik

Garcinia xanthochymus

Info Menarik

Asam kandis (Garcinia xanthochymus) adalah pokok hijau abadi berukuran maksimum 15 m yang berasal dari India. Ia masih sekeluarga dengan buah manggis serta asam gelugur.

Silaranya berbentuk seperti piramid, dengan batang utama tegak dan cabang-cabang tumbuh mendatar, seperti pohon manggis. Daunnya lanset memanjang, sempit, panjang 12-24 cm. Buahnya agak membulat, meruncing, dengan diameter mencapai 9 cm, berwarna jingga pucat atau kuning pekat. Tumbuhan ini suka pada keadaan persekitaran yang lembab. Pembungaan biasanya setelah masa kering yang cukup panjang (minimum tiga bulan) dan boleh berbunga dua kali setahun.

Asam kandis dimanfaatkan buahnya. Rasanya masam dan dijadikan perencah dapur, selai, campuran kari, serta dibuat acar. Asam kandis banyak dipakai dalam masakan yang berasal dari Sumatera. Asam kandis serta asam gelugur dapat diganti dengan kokum, perencah yang dihasilkan dari tumbuhan sekerabat (G. indica). Pemanfaatan lain adalah sebagai sumber bahan pewarna.

mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 16/10/24 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas