PENUTUPAN LALUAN MOTOSIKAL DI JAMBATAN VICTORIA, KARAI

Adalah dimaklumkan bahawa, laluan motosikal kerangka besi di Jambatan Victoria, Karai yang menghubungkan kawasan Pekan Karai dengan kawasan Kampung Seberang Karai akan ditutup bermula 1 Oktober 2026 (Khamis).

Penutupan ini merupakan langkah kawalan dan pencegahan bagi mengurangkan risiko kemalangan serta memastikan keselamatan orang awam. Sehubungan itu, pengguna motosikal diminta menggunakan laluan motosikal konkrit bersebelahan jambatan konkrit Keretapi Tanah Melayu (KTM).

Kerjasama semua pihak untuk mematuhi arahan ini amat dihargai demi keselamatan dan kepentingan bersama. Majlis Perbandaran Kuala Kangsar tidak akan bertanggungjawab atas segala kemalangan, kecederaan, kerugian dan kerosakan yang berlaku disebabkan keingkaran serta kecuaian pengguna laluan tersebut.

Dengan perintah,

Yang Dipertua

Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

  • 05 - 210 2266 (Hotline)

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 01/10/26 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas