Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) ingin memaklumkan kepada seluruh masyarakat Kuala Kangsar dan orang ramai amnya, Pentadbiran ini tidak pernah melantik mana-mana individu, ejen, wakil atau pihak ketiga bagi menjalankan kutipan bayaran kompaun, lesen, sewaan, cukai taksiran atau apa-apa bayaran lain yang melibatkan hasil MPKK.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang pembayaran kepada mana-mana individu atau akaun bank persendirian yang mendakwa mewakili MPKK bagi tujuan kutipan bayaran tersebut.
MPKK amat menggalakkan setiap urusan pembayaran menggunakan kaedah tanpa tunai dan dalam talian melalui laman web seperti berikut; https://ebayar.kualakangsar.gov.my/ atau https://pbtpay.kpkt.gov.my/ dan di kaunter pembayaran MPKK. Sila pastikan juga, setiap transaksi mendapat resit pembayaran rasmi.
Sebarang pertanyaan atau aduan, sila hubungi pentadbiran ini ditalian 05-210 2266 atau melalui emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
Sekian, terima kasih.