Penempatan Tong Roro Di Jalan Idris, Kuala Kangsar

Isnin, 11 Disember 2023 - Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) telah menempatkan sebuah tong RORO (Roll-On Roll-Off) di Jalan Idris, Kuala Kangsar (berhadapan Stesen keretapi Kuala Kangsar) hari ini.

Penempatan tong RORO dilokasi ini bagi menggantikan lokasi sedia ada yang tidak sesuai serta menggangu keselesaan peniaga dan pengunjung di Medan Selera MPKK.

Warga Kuala Kangsar dinasihatkan untuk bertanggungjawab dengan sampah masing-masing dan membuangnya ke dalam tong yang telah disediakan. Komitmen menjaga kebersihan dan keceriaan daerah kita adalah tanggungjawab bersama.

Tindakan tegas akan diambil keatas individu yang membuang sampah ditempat yang tidak sepatutnya.

Sekian, terima kasih.

1
2
mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 16/10/24 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas