Kuala Kangsar, 21 Mac 2025 - Satu operasi sitaan dan pemindahan khemah yang menjalankan perniagaan jualan bunga api yang terletak berharapan sebuah restoran di Chandan Putri telah diadakan hari ini sekitar jam 2.45 petang tadi.
Operasi rundingan dan pemindahan dibuat berikutan lokasi tersebut menggangu aliran lalulintas.
Pasukan operasi terdiri daripada Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Kawalan Bangunan, Jabatan Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kejuruteraan serta Setiausaha Perbandaran, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.
Tindakan ini diambil bagi memastikan peraturan dihormati dan dipatuhi bersama.