Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) berbesar hati menerima kunjungan penanda aras daripada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) pada 10 Oktober 2024. Lawatan telah disambut oleh YBrs. Dr. Sakduddin bin Zamli, Yang Dipertua.
Lawatan penanda aras ini bertujuan untuk melihat produk pelancongan daerah Kuala Kangsar dan pembangunan Jambatan Victoria, Karai sebagai satu produk pelancongan yang wajib dikunjungi pelancong apabila tiba di Kuala Kangsar.
Deligasi lawatan MBAS seramai lapan anggota telah diketuai oleh Encik Izahar bin Shaari. Lawatan dimulakan dengan mendengar taklimat pembangunan pelancongan dan Jambatan Victoria oleh Yang Dipertua dan seterusnya seterusnya dibawa melawat ke lokasi.
MPKK dengan berbesar hati ingin mengucapkan terima kasih atas kunjungan rakan PBT, Majlis Bandaraya Alor Setar ke Kuala Kangsar.