Kelab Sukan dan Kebajikan, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-21 hari ini. Pembukaan mesyuarat ini disempurnakan oleh Yang Dipertua, Dr. Sakduddin bin Zamli.
Mesyuarat diteruskan lagi dengan penyampaian perutusan Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan, Encik Azhar bin Ahmad. Antara agenda dalam mesyuarat ini adalah membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat agung kali ke-20 serta membentangkan dan membahaskan usul daripada ahli dan jawatankuasa.
Tahniah atas penganjuran Mesyuarat Agung Tahunan dan juga komitmen kehadiran Ahli Kelab Sukan dan Kebajikan pada hari ini.