Perhimpunan Korporat Warga Kerja MPKK Bulan Julai 2024

16 Julai 2024, Kuala Kangsar - Telah berlangsung Perhimpunan Korporat bilangan keenam bagi tahun 2024 yang dihoskan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MPKK. Perhimpunan bulanan ini diadakan bertujuan untuk memberi perkongsian berkaitan aktiviti jabatan dan selain itu memberi penghargaan kepada pekerja terbaik bulanan. 

Perhimpunan diteruskan dengan ucapan dari Ketua Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta iaitu Sr. Mohd Saiful bin Haji Dawam. Turut disampaikan Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan oleh YBrs. Dr. Sakduddin bin Zamli, Yang Dipertua MPKK, bersama Tuan Haji Saiful Azli bin Mohamed Nor, Setiausaha Perbandaran, dan Clr. Azizul Rahim bin Abdul Rahman, Ketua Whip.

Terdapat dua orang pekerja terbaik bulanan yang dipilih pada bulan ini iaitu Encik Mohd. Amirul Azraf bin Shamsul Bahari daripada Jabatan Penguatkuasaan dan Encik Nabil Hafiq bin Jimra Hisham daripada Jabatan Kawalan Bangunan. Selain itu, perhimpunan kali ini turut meraikan ulang tahun kelahiran kakitangan MPKK bulan Julai.

Terima kasih atas kehadiran Ahli Majlis dan anggota kerja ke Perhimpunan Korporat MPKK.

1
1
1
mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 16/10/24 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas