28 Mei 2024, Ipoh - Seramai 16 orang pegawai Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) telah menjalani latihan Tatacara Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, hari ini.
Latihan yang dijalankan oleh Bahagian Korporat, SUK Perak ini bertujuan menajamkan ilmu barisan hadapan MPKK berkaitan tatacara penggunaan portal SISPAA.
Terima kasih atas perkongsian ilmu yang bermanfaat ini.