Kuala Kangsar, 25 Mac 2024 – Telah berlangsung Majlis Angkat Sumpah Ahli-ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar di Dewan Bendahara, Wisma MPKK, Kuala Kangsar, pagi ini.
Majlis telah disaksikan oleh Yang Berhormat Loh Sze Yee, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak dan Saiful Azli Bin Mohamed Nor, Setiausaha Perbandaran Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.
Selain itu, majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Muhammad Nazri bin Abdullah, Pegawai Daerah Kuala Kangsar, Tuan Haji Azhar bin Ahmad, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kuala Kangsar serta wakil Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar.
Seramai 17 orang Ahli Majlis dilantik termasuk YBrs. Dr. Sakduddin bin Zamli, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Pada pelantikan kali ini, seramai lapan orang wakil daripada parti Barisan Nasional, empat orang daripada Democratic Action Party (DAP) dan empat orang daripada Parti Keadilan Rakyat telah dilantik.
Pelantikan Ahli-ahli Majlis ini bagi tempoh dua tahun, bermula 16 Mac 2024 hingga 15 Mac 2026, menurut Seksyen 10 (3) Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171).