Anugerah, Integriti, Governans Dan Anti Rasuah (AIGA) 2023

22 Februari 2024 - Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) Berjaya meraih anugerah kategori Perak bagi Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2023 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya.

Majlis penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM), YBhg. Datuk Nor Yahati Awang. Anugerah yang disertai ini menunjukkan komitmen Pengurusan Tertinggi MPKK bagi memastikan seluruh anggota kerjanya membudayakan dan mengamalkan integriti dalam melaksanakan tugas.

AIGA diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada sektor awam dan sektor swasta yang menzahirkan komitmen dalam pembudayaan dan pengamalan integriti, tadbir urus serta inisiatif anti rasuah dalam organisasi masing-masing.

Terdahulu pada tahun 2022, MPKK telah menyertai anugerah ini dan menerima anugerah Gangsa. Dan pada tahun 2023, MPKK berjaya mengorak langkah lagi dengan menerima anugerah Perak.

Hadir pada sesi penyampaian dan penerimaan anugerah AIGA 2023 tersebut, Yang Berbahagia Dr. Sakduddin bin Zamli, Yang Dipertua, MPKK.
Tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja MPKK atas kejayaan yang diperoleh ini.

1
2
mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 30/04/25 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas