Sentuhan Kasih KPKT : Sungai Siput

30 Oktober 2023, Sungai Siput - Telah berlangsung hari ini program Sentuhan Kasih: Sungai Siput anjuran Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan yang dihadiri oleh YB Tuan Nga Kor Ming.

YB Tuan Nga Kor Ming telah turun padang melawat Projek Bantuan Baik Pulih Rumah Kampung Baru Rimba Panjang, Tapak Projek Bina Baharu Rumah Kampung Baru Simpang Jalong, meninjau pelaksanaan projek menaik taraf dan membaik pulih kemudahan awam di Gelanggang Badminton Sungai Buloh dan merasmikan Pasar Awam Sungai Buloh yang telah dibaik pulih.

Pada sesi ini, YB Tuan Nga Kor Ming sempat meluangkan masa ramah mesra dengan rakyat yang turut serta hadir meraikan kehadiran YB Menteri.

Terima kasih diucapkan kepada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan atas peruntukan yang telah disalurkan bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Lawatan YB Menteri turut diiringi oleh Dr. Sakduddin bin Zamli, Yang Dipertua MPKK, Tuan Zulhisham bin Ahmad Shukori, Pegawi Daeah & Tanah Kuala Kangsar, YB Tan Kesavan A/L Subramaniam, Ahli Parlimen Sungai Siput, YB Tuan Loh Sze Yee, ADUN Jalong, YBhg. Datuk Husam bin Musa, Pengerusi SPNB, Tuan Muhammad Razman bin Abu Samah, TKSU Pengurusan dan Pembangunan KPKT dan ketua-ketua jabatan negeri, daerah serta Ahli Majlis MPKK.

1
2
3
mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 16/10/24 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas