Operasi Sitaan Dan Teguran Kepada Penjaja Haram Sekitar Kuala Kangsar

19 Oktober 2023, Kuala Kangsar - Satu operasai sitaan dan teguran kepada penjaja haram telah dijalankan oleh anggota Jabatan Penguatkuasaan, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar sekitar jam 3.30 petang semalam 18 Oktober 2023.

Sitaan ke atas barangan penjaja telah dilaksanakan dan selain itu teguran serta nasihat turut diberikan kepada peniaga haram dihadapan bank sekitar daerah ini. Operasi yang bertujuan mendidik orang awam supaya mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan oleh MPKK.

Orang awam yang ingin menjalankan sebarang aktiviti perniagaan dinasihatkan agar mematuhi undang-undang dengan memohon dan mempunyai lesen perniagaan yang sah juga berada ditempat yang dibenarkan sahaja.

2
3
1
mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 16/10/24 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas