Sesi Libat Urus Ahli Mesyuarat Pengurusan, MPKK & Ahli Majlis MPKK 2023

13 Julai 2023 - Sesi Libat Urus Ahli Mesyuarat Pengurusan, MPKK & Ahli Majlis MPKK 2023

Majlis perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) telah mengadakan Sesi Libat Urus Ahli Mesyuarat Pengurusan, MPKK dan Ahli Majlis, MPKK 2023. Bertempat di ATV Manong, Jeliang, program ini turut disertai oleh Tuan Haji Saiful Azli bin Mohamed Nor, Setiausaha Perbandaran MPKK, Ahli-ahli Majli, Ketua-ketua Jabatan, Bahagian dan Unit.

Sesi ini dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Setiausaha Perbandaran berkongsikan prestasi perjalanan MPKK dari bulan Januari sehingga Jun 2023, dan seterusnya ucaptama oleh Clr. Azizul Rahim Bin Abdul Rahman, Ketua Whip. Seterusnya sesi libat urus ini diambil oleh jabatan-jabatan MPKK berkongsikan fungsi dan prestasi di jabatan dengan lebih menyeluruh dan turut diselang-seli dengan sesi soal jawab oleh Ahli Majlis.

Selesai sahaja pembentangan prestasi, program diteruskan dengan aktiviti riadah seperti flying fox, ATV dan abseiling. Selain daripada menjadi platform mengimarahkan hubungan antara Ahli Majlis dan anggota kerja, program ini juga diadakan bagi memelihat produk pelancongan yang ada di Manong.

a
b
c
mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 16/10/24 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas