Pokok Rasmi MPKK

Nama Tempatan

Pokok Mengkudu Siam

Nama Saintifik

Pisonia Alba

Info Menarik

Pokok Mengkudu Siam atau Pisonia alba adalah spesies pokok yang taburannya sepanjang kawasan berbatu karang di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Spesies ini sering kali menguasai tumbuhan batu karang, tumbuh dalam semak tebal sehingga setinggi 20 meter. Kayu Pisonia agak lembuh dan lembik dan reput dengan cepat apabila pokok tumbang.

Pokok ini mempunyai daun nipis lebar, kulit batang yang licin dan mempunyai bunga hjau harum yang matang menjadi biji benih melekit berduri. Penyebaran berlaku apabila biji benih melekat pada bulu pelepah burung. Pembiakan kerap berlaku akibat dahan yang jatuh mengeluarkan akar atau akar pelekat membentuk pokok baru. Hutan Pisonia merupakan kawasan bersarang biasa bagi burung laut.

Pucuk muda tumbuhan ini sebenarnya boleh dibuat ulam dan dimasak sayur. Antara masakan yang biasa digunakan ialah masak lemak cili api dan juga boleh juga dibuat kerabu. Dari segi khasiat perubatan, dipercayai daunnya yang dilayur dan diletakkan di kaki dipercayai dapat merawat kaki yang bengkak, bisul dan luka yang bernanah.

mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 16/10/24 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas