Fungsi
- Melesenkan dan mengawal perniagaan iklan dan penjaja.
- Merancang dan mengawal pembangunan termasuk menyediakan kajian, pelan struktur dan pelan tempatan
- Menyelaras, menggalak dan membantu membangunkan pekan atau bandar-bandar baru yang dikenalpasti berpotensi dan berdaya maju.
- Mengawal bangunan, pengiklanan dan papan tanda.
- Mengawal selia pelupusan sisa pepejal dan pembersihan bandar.
- Mempertingkatkan pengurusan dan kebersihan alam sekitar.
- Mempertingkatkan keindahan kawasan.
- Mempertingkatkan dan menaik taraf kemudahan asas penduduk.
- Menggalakkan pertumbuhan kegiatan ekonomi yang pesat dan berdaya maju.
- Menyediakan, mengurus dan menyelenggara kemudahan infrastruktur.
- Mengurus dan menyelenggara sistem lalu lintas dalam kawasan pentadbirannya.
- Menyediakan kemudahan-kemudahan awam seperti pasar, gerai, dewan, kompleks sukan, taman rekreasi, perhentian bas dan perpustakaan.
- Mengenakan cukai taksiran ke atas pemegang-pemegang harta melalui satu dasar mesra dan adil.
- Berusaha agar dapat melahirkan satu suasana kehidupan bandar yang ceria dan tenteram.