Pokok Sungkai

Nama Tempatan

Pokok Sungkai

Nama Saintifik

Peronema Canescens Jack

Info Menarik

Merupakan sejenis tumbuhan tropika sungkai biasa ditemui tumbuh di kawasan hutan sekunder. Ia biasanya tumbuh di kawasan tepi sungai yang mendapat bekalan air yang mencukupi. Ia merupakan sejenis pokok balak yang apabila matang boleh mencapai ketinggian sehingga 30 meter. Diameter batangnya pula boleh melebihi 60 cm. Batang sungkai lurus dengan lekuk-lekuk kecil. batangnya berwarna kelabu. Bagi pokok yang diserang hama batangnya menggerutu. Kayu sungkai berwarna kuning dan mempunyai teras ditengahnya. Rantingnya pula dilitupi oleh bulu-bulu halus. Daunnya berbentuk majmuk dan tersusun dalam bentuk berpasangan.

Di Indonesia daun sungkai digunakan untuk mengubati sakit gigi dan demam. Di Malaysia ia juga digunakan untuk sakit gigi dan demam. di samping itu ia juga digunakan untuk mengubati penyakit kurap.

Kayu sungkai merupakan katu balak yang bermutu tinggi dan selalunya dijadikan perabot mewah.

Nama Sungkai juga digunakan sebagai nama tempat dalam daerah Batang Padang, Perak.

mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 16/10/24 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas