Kolam Renang Kuala Kangsar

kolam

LATAR BELAKANG

Kolam Renang Kuala Kangsar merupakan pusat rekreasi yang dibuka kepada umum terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Kolam Renang Kuala Kangsar dibina pada 1 Oktober 2005 atas cetusan idea Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbuddin Shah bertujuan mewudjudkan pusat rekreasi sukan renang yang pertama di daerah ini. Antara kemudahan yang tersedia di Kolam Renang Kuala Kangsar ini adalah;

  • Kolam renang kanak-kanak
  • Kolam renang dewasa
  • Dewan serbaguna
  • Sewaan mengadakan majlis atau mesyuarat
  • Surau

NOTA PENTING

  1. Untuk keselamatan dan keselesaan pengunjung, anda dinasihati mematuhi arahan untuk memakai pakaian renang yang bersesuaian yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.
  2. Ibu/ bapa/ penjaga dinasihati mengawasi gerak geri anak anda bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku. 
  3. Sebarang kehilangan barangan berharga adalah di bawah tanggungjawab sendiri.
  4. Bagi mereka yang ingin mengadakan majlis atau keraian di Kolam Renang Kuala Kangsar, sila hubungi Bahagian Hal Ehwal Komunti untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan awal.
  5. Kolam Renang Kuala Kangsar tidak akan di sewakan pada cuti persekolahan.
  6. Sila bawa tuala mandi dan alatan mandi persendirian kerana Kolam Renang Kuala Kangsar tidak menyediakan alatan tersebut.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Bahagian Hal Ehwal Komuniti
Majlis Perbandaran Kuala Kangsar
Wisma MPKK, Jalan Taiping,
33000, Kuala Kangsar, Perak
Tel : 05 – 776 3199
Faks : 05 – 776 1004
(Isnin sehingga Jumaat : 8.00 pagi sehingga 5.00 petang)
mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 17/10/24 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas