Soalan Lazim

Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta

JABATAN PENILAIAN

1. Apakah itu cukai taksiran?

  • Cukai Taksiran ialah bayaran cukai yang dikenakan ke atas pegangan harta berkadar yang terletak didalam kawasan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK)

2. Apakah tujuan cukai taksiran dikenakan?

  • Membiayai kos operasi, pengurusan perkhidmatan dan pembangunan yang dijalankan oleh pihak MPKK untuk kemudahan dan keselesaan penduduk di kawasan MPKK. Ini adalah sesuai dengan objektif MPKK itu sendiri iaitu Menjadi badan perancang, membangun, menyelenggara dan mentadbir kawasan dan Penggerak perubahan dan pembangunan sosio-ekonomi di kawasan tempatan melalui perkhidmatan yang cekap dan berkesan penduduknya.

3.  Apa perbezaan Cukai Taksiran dan Cukai Tanah?    

     a)    Apa itu Cukai Tanah?

  • Cukai Tanah ialah cukai yang mesti dibayar oleh Tuan Tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah. Cukai Tanah mesti dibayar sepenuhnya mulai 1 Januari setiap tahun dan akan menjadi tunggakan mulai 1 Jun setiap tahun.

     b) Apakah perbezaan 'Cukai Taksiran dan 'Cukai Tanah'?

  • Cukai Taksiran atau juga dikenali sebagai "Cukai Pintu' dibayar kepada pihak Berkuasa Tempatan dan perlu dibayar dua kali setahun. Bil cukai taksiran berwarna biru. Cukai Tanah adalah cukai yang dikenakan bagi tanah hak persendirian dan wajib dibayar sekali setahun kepada pihak Berkuasa Negeri. Bil cukai tanah berwarna kuning.

4. Bagaimana cara bayaran boleh dibayar?

  • Bil Cukai Taksiran bagi setengah tahun pertama akan dihantar dalam bulan januari dan bagi setengah tahun kedua pula dalam bulan Julai.
    Pemilik pegangan yang tidak menerima bil boleh mendapatkan salinannya di Pejabat Majlis sebelum tarikh akhir membuat bayaran.
  • Bayaran juga boleh dibuat melalui perbankan internet seperti Maybank, Ambank dan CIMB Clicks.
    Pembayaran hendaklah disertakan dengan bil asal atau salinan. Bil Cukai Taksiran boleh dibayar di :-
     
    Tempat Hari Masa Bayaran
    a) Kaunter Pembayaran MPKK Kuala Kangsar Isnin - Khamis 8.10 pagi - 1.00 tgh
    b) Kaunter Pembayaran MPKK cawangan Sg. Siput (U)   2.00 ptg - 4.30 ptg
    c) Mana-mana Kaunter Majlis Bandaraya / Majlis Perbandaran / Majlis Daerah di dalam negeri Perak Darul Ridzuan Jumaat 8.10 pagi - 12.15 tgh
        2.45 ptg - 4.30 ptg
    * Kaunter dibuka waktu rehat 1.00 ptg-2.00 ptg pada hari Isnin - Khamis
    Pembayaran dengan cek atau kiriman wang, wang pos hendaklah dipalang dan dibayar kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar dan dialamatkan kepada :-
     

    Majlis Perbandaran Kuala Kangsar,
    Wisma MPKK Jalan Taiping, 33000 Kuala Kangsar, Perak.
    No Tel : 05-776 3199 / 05-776 8199 
    Alamat Email : pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my
    Laman Web : www.kualakangsar.gov.my


    Pembayaran melalui Kad Kredit, Visa dan Mastercard boleh diterima melalui :-
    a) Kaunter MPKK Kuala Kangsar dan cawangan Sg. Siput (U)

5. Bagaimana untuk menjelaskan Cukai Taksiran jika anda tidak berkemampuan membayar sekaligus ?

  • MPKK akan menimbangkan untuk bayaran dibuat secara ansuran bulanan. Untuk itu, anda dinasihatkan untuk datang sendiri ke Jabatan Penilaian, MPKK untuk membincangkan perkara ini. Jika dipersetujui, satu perjanjian bayaran cukai taksiran secara ansuran akan dibuat di antara anda dengan pihak MPKK.
Jabatan Kawalan Bangunan

SOALAN LAZIM BERKENAAN PERMIT BANGUNAN SEMENTARA (PEMUTIHAN)

  1. Apa itu permit bangunan sementara (pemutihan)
    Semua pindaan/tambahan kepada bangunan sedia ada yang tidak mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Majlis dan ianya tidak dapat diluluskan oleh pihak Majlis disebabkan peruntukan undang-undang.
  2. Kenapa saya dikenakan permit bangunan sementara (pemutihan)?
    Pihak tuan dikenakan permit bangunan sementara (pemutihan) disebabkan pindaan/tambahan bangunan yang dibuat oleh pihak tuan tidak dapat diluluskan atas sebab-sebab perundangan. Berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada, iaitu di bawah Peruntukan Seksyen 70(13), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) yang menyatakan, “apabila seseorang yang melakukan kesalahan (mendirikan bangunan tanpa kebenaran, mendirikan sesuatu bangunan bersalahan dengan akta atau undang-undang kecil) apabila disabitkan boleh didenda tidak lebih daripada RM50,000.00 atau dipenjara tidak melebihi 3 tahun”. Pihak pendakwaan juga perlu memohon kepada Mahkamah untuk tindakan meroboh jika mengkehendaki bangunan tersebut dirobohkan.

    Proses tindakan mahkamah ini mengambil masa yang panjang. Jika hukuman denda dikenakan dan tiada permohonan untuk meroboh dibuat, sambungan bangunan tersebut tetap kekal di kediaman/premis tersebut.

    Oleh yang demikian, satu alternatif telah dicadangkan untuk menyelesaikan masalah ini iaitu dengan mengenakan tindakan permit bangunan sementara (pemutihan) tanpa merobohkan bangunan tambahan tersebut.

    Peruntukan Seksyen 72(3) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) para (a) hingga (c), telah jelas menyatakan bahawa jika pihak PBT mengambil tindakan meroboh terhadap kediaman/premis tuan, segala kos yang terlibat hendaklah ditanggung oleh pihak tuan.

  3. Kenapa saya perlu membayar permit bangunan sementara (pemutihan) pada setiap tahun?
    Bayaran permit bangunan sementara (pemutihan) perlu dibuat pembayaran oleh pemilik selagi mana bangunan tambahan/pindaan tersebut didirikan.

    Sekiranya pihak tuan tidak sanggup untuk dikenakan permit bangunan sementara (pemutihan), pihak tuan dikehendaki membuka pindaan/tambahan yang tidak dapat diluluskan atas sebab perundangan itu dan seterusnya memaklumkan kepada pihak PBT berkenaan tindakan tersebut.

  4. Bolehkah saya memohon pengurangan berkenaan permit bangunan sementara (pemutihan) yang telah dikenakan terhadap kediaman/premis saya?
    Pihak tuan tidak boleh memohon pengurangan terhadap kadar yang telah dikenakan kerana kiraan fi bagi permit bangunan sementara telah ditetapkan seperti yang telah dinyatakan di Jadual Pertama undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984.

    Kiraan fi permit adalah seperti berikut;
    RM5.00 bagi 9 meter persegi setahun dengan caj minimum sebanyak RM50.00 bagi satu permit yang boleh diperbaharui pada 1hb Januari setiap tahun.
mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 16/10/24 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas