Kenyataan Media MPKK Mengambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Individu Yang Menghalang Tugas Penjawat Awam

Kuala Kangsar – Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) bertindak tegas kepada mana-mana pihak atau individu yang cuba menghalang tugas anggotanya ketika menjalankan tugas. Terdahulu, seorang individu lelaki warganegara Pakistan telah dikenakan denda RM4,000.00 oleh Mahkamah Majistret Kuala Kangsar pada 14 September 2023 yang lalu atas kesalahan di bawah Seksyen 186. Menurut Ketua Jabatan Penguatkuasaan, semasa dua orang anggotanya dari Unit Tempat Letak Kenderaan sedang menjalankan tugas pemantauan di Taman Lavender, Kuala Kangsar, kereta tertuduh telah melanggar peraturan tidak membayar caj parkir lalu anggota penguatkuasa bertindak mengeluarkan kompaun dan menyerahkan kepada tertuduh. Namun, tertuduh telah mengeluarkan kata-kata kesat dan mengoyakkan surat kompaun tersebut pada 10.15 pagi 12 September. Satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Darah Kuala Kangsar dan penahanan telah dibuat ke atas tertuduh. MPKK menasihatkan agar orang awam tidak melakukan provokasi seperti ini kepada mana-mana anggotanya. Tindakan seperti ini diambil agar menjadi pengajaran kepada semua pihak. Sekian, terima kasih.

YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KUALA KANGSAR
mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 16/10/24 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas