Gotong Royong Masjid Ihsaniah Iskandariah

26 Oktober 2022 - Gotong Royong Masjid Ihsaniah Iskandariah
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Jabatan Warisan Negara (Department of National Heritage) kerana telah mengambil inisiatif untuk berkerjasama bersama MPKK dan agensi berkaitan untuk mengadakan program Gotong-royong Membersihkan Masjid Ihsaniah Iskandariah, Kampung Kuala Dal, Padang Rengas. Program yang dirasmikan oleh Yang Dipertua, TPr. Zulqarnain bin Mohamad, turut disertai oleh anggota kerja MPKK, agensi Jabatan Warisan Negara Zon Utara, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Motac Perak, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Perak, Universiti Sultan Azlan Shah Dan Rela Daerah Kuala Kangsar. Masjid Ihsaniah Iskandariah ini dibina pada tahun 1936 dan pembinaannya telah dibiayai oleh Al-Marhum Paduka Seri Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak yang ke-30. Majlis perasmian bangunan masjid ini telah diadakan pada hari Jumaat 10 Zulhijjah pada tahun 1356H bersamaan 11 Februari 1938. Bangunan Masjid ini telah dibina oleh Baginda Sultan bagi menunaikan nazar apabila salah seorang anakanda Baginda sembuh daripada gering.
Program gotong-royong pada hari ini adalah amat bertepatan dalam usaha untuk kita sama-sama menjaga warisan kita yang tidak ternilai ini.
1
2
3
mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 16/10/24 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas