Kunjungan Penanda Aras Majlis Bandaraya Alor Setar Ke Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

Kuala Kangsar, 15 April 2025 - Sekitar jam 10:00 pagi, satu operasi bersepadu telah digerakkan oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) bagi tujuan mengalihkan dua struktur binaan yang telah didirikan tanpa sebarang kelulusan pihak berkuasa tempatan.

Sebuah “awning” berukuran 26’ x 7’ 5” dan struktur binaan tertutup diperbuat daripada besi “grill” berukuran 26’ x 5’ telah dibina di bahagian belakang premis PT 5610, Taman Emas Indah, tanpa sebarang kebenaran MPKK dan ia juga telah menghalang laluan awam.

Terdahulu, dua notis rasmi di bawah Seksyen 46, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) telah dikeluarkan kepada pemilik. Tindakan penguatkuasaan ini diambil setelah pemilik gagal mematuhi arahan dan notis yang telah dikeluarkan.

Operasi ini telah diketuai oleh Ketua Jabatan Kawalan Bangunan, MPKK dan mendapat kerjasama penuh daripada pelbagai jabatan. Turut serta dalam operasi ini Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Jabatan Kejuruteraan.

Operasi ini bukan sekadar satu tindakan penguatkuasaan, tetapi cerminan kepada usaha berterusan MPKK dalam memastikan pembangunan Kuala Kangsar berjalan mengikut peraturan, serta memberi peringatan kepada pemilik premis agar sentiasa mendapatkan kelulusan sebelum melakukan sebarang binaan.

mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 30/04/25 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas