Kuala Kangsar – Sesi pemilih pemenang cabutan bertuah bagi pembayar cukai taksiran Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) bagi tahun 2024 telah berlangsung semalam, 25 Mac 2024 bertempat di Dewan Bendahara, Wisma MPKK.
Sesi cabutan ini disempurnakan oleh YBrs. Dr. Sakduddin bin Zamli, Yang Dipertua MPKK bersama Tuan Haji Saiful Azli bin Mohamed Nor, Setiausaha Perbandaran dan turut disertai oleh Ahli-ahli Majlis.
Terima kasih diucapkan kepada semua warga Kuala Kangsar yang telah membayar cukai taksiran dan tahniah diucapkan kepada para pemenang cabutan bertuah bagi tahun 2024. Para pemenang akan dihubungi oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MPKK.