Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar @ Town Hall Bersama Komuniti Zon Sungai Buloh

30 Januari 2024, Sungai Siput – Majlis Perbandaran Kuala Kangsar telah mengadakan Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan @ Town Hall Bersama Komuniti Sungai Buloh, Sungai Siput bermula jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi yang bertempat di Kampung Sungai Buloh, Sungai Siput.

Pada program tersebut, beberapa perkhidmatan telah disediakan oleh pihak MPKK bagi memudahkan para pengunjung yang datang ke program ini seperti kaunter bayaran dan semakan cukai taksiran, kompaun, sewaan serta pelesenan. Pengurangan sebanyak 30% turut diberikan kepada pelanggan yang membayar Kompaun Tempat Letak Kereta sepanjang program ini diadakan.

Aduan juga telah dikemukakan secara langsung kepada YBrs. Dr. Sakduddin bin Zamli, Yang Dipertua MPKK; Tuan Haji Saiful Azli bin Mohamed Nor, Setiausaha Perbandaran dan Clr. Chang Wee Ling, Ahli Majlis Zon Sungai Buloh.

Selain itu, Pejabat Daerah dan Tanah Sungai Siput (U) turut sama membuka Kaunter Bayaran dan Semakan Cukai Tanah untuk program ini.

Pihak MPKK mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Majlis yang turut terlibat sepanjang program ini berlangsung.

1
1
1
mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 16/10/24 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas