Bengkel Imej, Keterampilan Dan Mesyuarat Jawatankuasa Tujuan-Tujuan Am MPKK

Ahli-ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) bersama pihak pengurusan tertinggi MPKK dan Ahli Mesyuarat Tujuan-tujuan Am telah menyertai Bengkel Imej dan Keterampilan pada 5 Disember 2023 di Rainbow Paradise, Pulau Pinang. Bengkel telah disampaikan oleh perunding imej terkenal, Encik Hafiz Mustapha daripada Cute Carry. Objektif bengkel ini diadakan untuk memperkemaskan dan memperkasakan imej Ahli Majlis di mata komuniti bagi daerah Kuala Kangsar.

 

Usai bengkel tersebut, pada 6 Disember 2023, telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tujuan-tujuan Am Bil. 6/ 2023 yang dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Sakduddin bin Zamli, Yang Dipertua, MPKK. Di awal mesyuarat telah diadakan taklimat Undang-undang oleh Puan Hajah Ruhana Shahirah binti Abdul Halim, Ketua Unit Undang-Undang dan Integriti. Taklimat ini bertujuan memberi pengetahuan kepada kita berkaitan undang-undang yang diguna pakai di PBT.

 

Terima kasih diucapkan kepada Ahli-ahli Majlis, MPKK dan seluruh anggota yang terlibat dalam menjayakan Bengkel Imej dan Keterampilan serta Mesyuarat Jawatankuasa Tujuan-tujuan Am MPKK.

6
7
5
1
2
3
4
3
23
mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 16/10/24 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas