Kempen Kibar jalur Gemilang Sempena Bulan Kemerdekaan 2023

17 Ogos 2023, Kuala Kangsar - Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) telah menganjurkan program Konvoi Kibar Jalur Gemilang bagi peringkat daerah Kuala Kangsar. Konvoi ini bertujuan untuk menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan bermula 15 Ogos sehingga 16 September 2023 bersempena Hari Malaysia ini turut mendapat kerjasama yang baik daripada agensi-agensi sekitar di daerah ini.

Konvoi motosikal disertai oleh 60 orang perserta yang melibatkan 60 buah motosikal serta kenderaan penguatkuasa dan sebanyak 700 helai bendera Malaysia telah berjaya diedarkan. Pelepasan Konvoi disempurnakan oleh Dr. Sakduddin bin Zamli, Yang Dipertua MPKK dan YDH Toh Maharaja Indera Dr. Haji Khairil Anuar bin Arshad serta Ketua-ketua Jabatan Daerah.

Konvoi motosikal sejauh 93 kilometer ini mengambil masa selama 2 jam 30 minit bermula di Dataran Pavilion, Kuala Kangsar dan melibatkan tiga lokasi perhentian untuk penyerahan bendera Jalur Gemilang kepada Ahli Majlis iaitu Pekan Padang Rengas, Dataran Manong, dan perkarangan Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Daerah Sungai Siput.

Program Konvoi Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Kuala Kangsar ini juga melibatkan YB  Encik Kesavan a/l Subramaniam, YB Ahli Parlimen Sungai Siput, YB Dato’ Haji Mohd Zolkafly bin Harun, ADUN Lintang, YB Encik Loh Sze Yee, ADUN Jalong, wakil agensi dan Ahli Majlis kawasan Sungai Siput.

Sebelum peserta Konvoi tiba di hentian terakhir iaitu IPD Sungai Siput, Ahli Parlimen Sungai Siput, YB Kesavan a/l Subramaniam bersama dengan Yang Dipertua, Dr. Sakduddin bin Zamli menyerahkan bendera kepada sekolah-sekolah di Sg Siput, Ketua Kampung Tradisional, dan Ketua Kampung Baru. Seterusnya, penyerahan bendera kepada pengguna jalan raya dan premis sekitar Pekan Sungai Siput.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat di dalam program ini.

1
2
3
mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 16/10/24 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas