Lawatan Persatuan Agensi Pelancongan Thailand

18 Julai 2023, Kuala Kangsar – Seramai 31 orang peserta lawatan Persatuan Agensi Pelancongan Thailand (TTAA) telah tiba dan disambut oleh Haji Saiful Azli bin Mohamed Nor, Setiausaha Perbandaran.

Lawatan yang tiba di Medan Kraftangan Lembah ini dibawa oleh Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA) bertujuan untuk melihat produk pelancongan yang ada di daerah ini untuk dijadikan pejek pelancongan bagi agensi pelancongan di Thailand.

Meraikan kumpulan lawatan ini, mnereka telah disajikan dengan hidangan Cendol Bangsawan dan dibawa melihat produk kraftangan di Medan Kraftangan. Sambil menjamu selera, taklimat berkaitan latar belakang Kuala Kangsar dan tempat-tempat menarik yang ada disini telah disampaikan oleh Haji Saiful Azli.

Selain daripada itu, peserta lawatan juga telah dibawa melihat pemandangan sekitar daerah Kuala Kangsar. Terima kasih diucapkan kepada Tourism Perak, MATTA dan Karya Merdeka kerana telah menjadikan Kuala Kangsar sebagai salah satu destinasi yang dilawati oleh perserta lawatan ini.

1
2
3
mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 16/10/24 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas