Sesi Taklimat Pentadbiran MPKK Kepada YB Ahli Parlimen Sungai Siput (U)

4 Julai 2023 - Sesi Taklimat Pentadbiran MPKK Kepada YB Ahli Parlimen Sungai Siput (U)

Ahli Parlimen Sungai Siput, YB Tuan Kesavan A/L Subramaniam bersama barisan pegawainya telah mengadakan kunjungan hormat ke Majlis Perbandaran Kuala Kangsar bagi mendengar sesi Taklimat Pentadbiran MPKK.

Kunjungan telah disambut oleh barisan anggota kerja MPKK dan sesi taklimat telah disampaikan oleh Tuan Haji Saiful Azli bin Mohamed Nor, Setiausaha Perbandaran. Penerangan secara keseluruhan adalah berkaitan fungsi dan peranan jabatan di dalam pentadbiran serta bidang kuasa di bawah kelolaan MPKK.

Selain daripada itu, sesi percambahan idea juga turut dilontarkan dan dikongsikan oleh YB Tuan Kesavan untuk keceriaan dan kemajuan bandar Sungai Siput. Cadangan tersebut disambut baik oleh MPKK dan akan dilaksanakan bersama-sama untuk kesejahteraan komuniti Sungai Siput.

1
2
4
mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 16/10/24 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas