Anjuran : Majlis Perbandaran Kuala Kangsar
Dengan Kerjasama : Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak
Rakan kolaborasi promosi : Tourism Perak
Penganjuran Pesta Panjut ini bertujuan untuk menghidupkan semula tradisi pemasangan pelita sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, di samping memelihara serta memartabatkan warisan budaya tempatan. Usaha ini bertepatan dengan peribahasa Melayu “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”, yang menggambarkan bahawa warisan dan tradisi masyarakat wajar terus dipelihara agar kekal relevan sepanjang zaman.
