Program Memasak Bubur Lambuk

Majlis Perbandaran Kuala Kangsar bersama-sama Kelab Sukan dan Kebajikan telah bersama-sama menganjurkan Program Memasak dan Edaran Bubur Lambuk, bertempat di Laman Tasbih, Wisma MPKK pada 13 Mei 2025, semalam.

Program yang dilaksanakan secara gotong-royong ini telah disertai oleh anggota kerja dan bertujuan mengimarahkan bulan Ramadan disamping memupuk semangat kerjasama antara warga MPKK.

Turut bersama-sama memeriahkan program ini Yang Dipertua, Dr. Sakduddin bin Zamli dan Setiausaha Perbandaran, Tuan Haji Saiful Azli bin Mohamed Nor telah mengagihkan bubur lambuk kepada anggota kerja dan seterusnya kepada para pelanggan yang berurusan di kaunter MPKK dan di sekitar Bazar Ramadhan Arena Kuala Kangsar.

Semoga usaha murni ini dapat mengeratkan lagi jalinan dan hubungan silaturahim antara masyarakat dan warga MPKK.

mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 30/04/25 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas