Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

Kuala Kangsar, 23 Januari 2025 – Telah berlangsung Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar di Dewan Bendahara, Wisma MPKK, Kuala Kangsar.

Majlis yang berlangsung pada 9.00 pagi telah disaksikan oleh YBrs. Dr. Sakduddin bin Zamli, Yang Dipertua MPKK bersama YBrs. Tuan Haji Saiful Azli bin Mohamed Nor, Setiausaha Perbandaran MPKK dan Clr. Azizul Rahim bin Abdul Rahman, Ketua Whip MPKK.

Seramai dua orang Ahli Majlis telah dilantik semalam iaitu Clr. Mohammad Aiman bin Samsuri dari Parti Amanah Negara, manakala Clr. Mohd Shafindi Bin Ahamad dari Parti Keadilan Rakyat.
Tahniah diucapkan kepada semua Ahli-ahli Majlis, MPKK.
mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 30/04/25 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas