Perhimpunan Korporat Warga Kerja MPKK Bulan Mei 2024

28 Mei 2024, Kuala Kangsar - Telah berlangsung majlis Perhimpunan Korporat Warga Kerja Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) bagi bulan Mei 2024.

Perhimpunan kali ini telah dihoskan oleh Jabatan Bangunan dan Unit Pusat Setempat (OSC) dan berlangsung di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar.

Antara pengisian perhimpunan kali ini, Ketua Jabatan Bangunan, Puan Nurul Hidayah binti Harun dan Puan Haslizawati binti Ngah telah membuat perkongsian berkaitan aktiviti jabatan.

Selain daripada itu, penyampaian hadiah telah diberikan kepada tiga pemenang utama Kempen Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MPKK Tahun 2024. Turut diadakan sambutan hari lahir bulan April, penyampaian sijil Program Transformasi Minda (PTM) dan penyampaian sijil MAKSAK.

Terima kasih atas kehadiran Ahli-ahli Majlis serta warga kerja MPKK.
2
2
2
mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 03/10/24 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas