Program Pemantapan Integriti Warga Kerja Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

15 Mei 2024, Kuala Kangsar - Telah berlangsung Program Pemantapan Integriti yang dihadiri oleh anggota kerja Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK).

Program yang direncanakan oleh Unit Integriti, MPKK meliputi dua slot ceramah bertajuk Rasuah dan Integriti Dalam Perolehan Kerajaan dan Bahaya Rasuah Dalam Kalangan Penguatkuasaan. Ceramah telah disampaikan oleh PPs Huzairi Azmer bin Ramli, daripada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia Negeri Perak.

Terima kasih diucapkan kepada SPRM Negeri Perak atas kerjasama serta perkongsian ilmu bersama anggota kerja MPKK.

1
1
1
mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 16/10/24 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas