Persijilan Semula ISO 9001:2015

24 Oktober 2023, Kuala Kangsar - Telah berlangsung selama dua hari bermula 23 Oktober sehingga hari ini sesi pengauditan Persijilan Semula ISO 9001:2015 bagi Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.

Sesi pembukaan audit ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Sakduddin bin Zamli, Yang Dipertua dan dihadiri oleh ketua jabatan dan seluruh anggota kerja. Pengauditan ini telah diketuai oleh Encik Mohd Mauududi bin Mukamad Noor, Pegawai SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

Pada sesi pembentangan penutup oleh Pasukan Juruaudit SIRIM telah mengesahkan tiada NCR direkodkan dan tujuh OFI direkodkan untuk dilaksanakan penambahbaikan.

Untuk makluman, pentadbiran ini telah mendapat persijilan ISO 9001:2015 bermula daripada tahun 2017 sehingga kini. Persijilan ini bertujuan menambahbaik mutu penyampaian perkhidmatan kepada umum.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua anggota kerja MPKK yang telah memberi komitmen yang cemerlang sepanjang tempoh audit ini.

1
2
3
mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 16/10/24 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas