Lawatan YB Timbalan Menteri KPKT Ke Taman Mayang Sari

Kuala Kangsar, 4 Ogos 2023 - Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Yang Berhormat Tuan Haji Akmal Nasrullah Mohd Nasir, telah mengadakan lawatan ke Taman Mayang Fasa 2, Kuala Kangsar.

Pada siri lawatan ini, KPKT telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM1.5 juta bagi menyiapkan projek menaik taraf loji rawatan kumbahan (STP) dan kerja-kerja berkaitan berikutan ia terbengkalai sejak tahun 2018.

Lawatan ini telah disambut oleh Yang Dipertua MPKK, YBrs. Dr. Sakduddin bin Zamli dan turut hadir sama Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, Yang Berhormat Puan Sandrea Ng Shy Ching serta Ketua-ketua Jabatan Negeri Perak.05:36 PM

1
2
3
mpkk-logo
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar

  • 05 - 776 3199

  • 05 - 777 3199

  • pentadbiran[at]mpkkpk.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2022 Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Kemaskini : 16/10/24 • Jumlah Pelawat : 21286928
Kembali Ke Atas