19 Julai 2023, Kuala Kangsar - Pasukan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kuala Kangsar telah menjalankan operasi Penangkapan Haiwan Merayau di Taman Kuala Kangsar, Kuala Kangsar. Operasi yang dilakukan pada jam 12.00 tengah malam sehingga 5.00 pagi ini telah menangkap 3 ekor lembu berikutan sikap pemilik yang melepaskannya tanpa memikirkan keselamatan awam. Hasil tangkapan ini, pemilik lembu akan dikenakan tindakan sewajarnya berdasarkan UUK Pelesenan Haiwan Ternakan Dan Haiwan Merayau (MPKK) 2012.