MENU

Tajuk inovasi MPKK pada tahun 2013 ialah LEACHATE. Tema slogan ini merujuk kepada Sistem Pembesaran Takungan Air Lebihan Mampatan Sampah di lori sampah kompaktor.

Pemasangan Leachate adalah hasil kerja sistem sebagai satu mekanisme atau tools menghalang air lebihan sampah yang dihasilkan oleh lori sampah kompaktor bagi kawasan Kuala Kangsar dan Sungai Siput (U) meleleh ke jalan-jalan sekitar perumahan yang menyebabkan bau busuk.

IMPAK KEPADA PELANGGAN
• Tiada Aduan awam berkaitan isu air sampah di atas jalan.
• Tidak menimbulkan kacauganggu dari segi bau busuk.
• Mengurangkan kehadiran lalat.
• Tidak mengotori jalan-jalan laluan lori kompaktor.

FAEDAH PELAKSANAAN INOVASI (OUTCOME)
a). Penjimatan Masa
• Tidak perlu untuk memberhentikan lori bagi mengepam keluar air leachate di mana-mana longkang yang sesuai.
• Lori kompaktor boleh terus beroperasi tanpa berhenti untuk mengepam keluar air leachate.

b). Peningkatan Produktiviti
• Sisa pepejal dapat di kutip dengan lebih cepat tanpa perlu memberhentikan lori kompaktor bagi pembuangan air leachate yang telah penuh dalam takungan.

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 3 Ogos 2018 - 11:45am