MENU

Penganjuran Kuale Fun Ride oleh MPKK pada 3 Mei 2014, Sabtu yang lalu berjaya menarik penyertaan hampir 400 orang peserta berbasikal yang bermula dari Laman Budaya Kuala Kangsar dan berakhir di Arena Square Kuala Kangsar. Acara ini turut disertai oleh peserta VIP dan juga peserta Basikal Tua yang datang dari seluruh Malaysia bagi memeriahkan acara ini. Sesi hadiah cabutan bertuah turut diadakan pada sebelah tengahari bagi para peserta yang berdaftar. Acara Fun Ride adalah salah satu program dalam Karnival One Kuale 2014 dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Kuala Kangsar.

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 3 Ogos 2018 - 11:45am